Posts

Showing posts from April, 2017

Kemanakah Hartamu Pergi???

Image
Statistik menunjukkan lebih RM60 Billion harta beku milik umat islam masih gagal dituntut sejak Negara kita merdeka. Antara punca harta ini susah diagihkan adalah kerana sikap waris yang tidak sepakat dan tidak mengetahui prosedur tuntutan yang perlu diambil selain karenah birokrasi dan kos pentadbiran yang tinggi. Kita seringkali didedahkan dengan program-program mencipta dan mengumpul harta seperti kursus-kursus perniagaan dan pelaburan, tetapi sangat sedikit yang menghadiri kursus-kursus pengurusan harta. Matlamat utama pengumpulan harta untuk kesenangan keluarga tergantung apabila pemilik harta meninggal dan harta tersebut bertukar status kepada harta pusaka. Dan harta tersebut dibekukan untuk proses pengagihan. Semasa kita hidup, pelbagai pilihan yang boleh diambil untuk melancarkan pembahagian harta seperti menyediakan wasiat, waqaf, nazar, amanah, sadaqqah dan Hibah. Tetapi apabila kita tidak merancang semasa masih hidup, satu ketetapan pembahagian harta iaitu