Kemanakah Hartamu Pergi???

Statistik menunjukkan lebih RM60 Billion harta beku milik umat islam masih gagal dituntut sejak Negara kita merdeka. Antara punca harta ini susah diagihkan adalah kerana sikap waris yang tidak sepakat dan tidak mengetahui prosedur tuntutan yang perlu diambil selain karenah birokrasi dan kos pentadbiran yang tinggi.



Kita seringkali didedahkan dengan program-program mencipta dan mengumpul harta seperti kursus-kursus perniagaan dan pelaburan, tetapi sangat sedikit yang menghadiri kursus-kursus pengurusan harta. Matlamat utama pengumpulan harta untuk kesenangan keluarga tergantung apabila pemilik harta meninggal dan harta tersebut bertukar status kepada harta pusaka. Dan harta tersebut dibekukan untuk proses pengagihan.

Semasa kita hidup, pelbagai pilihan yang boleh diambil untuk melancarkan pembahagian harta seperti menyediakan wasiat, waqaf, nazar, amanah, sadaqqah dan Hibah. Tetapi apabila kita tidak merancang semasa masih hidup, satu ketetapan pembahagian harta iaitu faraid akan berkuat kuasa jika tiada kesefahaman antara waris yang berhak.

Didalam hukum faraid, telah ditetapkan siapa waris-waris yang berhak dan juga nisbah pembahagian nya. Sila rujuk carta dibawah untuk waris asas:



Masalah yang sering muncul ketika proses pembahagian harta adalah seperti yang berikut:- 
  1. Hadirnya individu yang mengaku waris kepada arwah. 
  2. Perebutan harta dikalangan ahli waris yang berhak. 
  3. Tiada kesepakatan antara waris yang berhak. 
  4. Proses tuntutan yang rumit dan membabitkan kos pengurusan yang tinggi.

Pilihan tinggalkan Harta vs Tunai

Apabila berlakunya kematian, sebenarnya waris memerlukan tunai segera untuk melangsaikan hak si mati. Antara hak si mati adalah:-
  • Digunakan untuk menyelesaikan urusan jenazahnya seperti mandi, kafan dan kebumi.
  • Membayar hutang si mati samada hutang kepada manusia mahupun hutang kepada Allah SWT termasuk menyelesaikan gadaian atau harta yang dipinjamnya dari orang lain.
  • Menunaikan wasiat si mati, jika beliau ada berwasiat dengan syarat tidak lebih daripada 1/3 bahagian.
  • Menyelesaikan masalah harta sepencarian.
  • Membahagikan harta pusaka kepada waris-waris si mati.

Tetapi realitinya ketika si mati meninggal dunia, segala harta tunai yang disimpan di bank, tabung haji, ASB dan lain-lain tempat akan dibekukan. Harta ini hanya boleh dipindah milik ketika waris telah mendapatkan surat kuasa mentadbir dan arahan dari mahkamah. Dan kebiasaannya proses ini memakan masa yang lama.

Jadi pilihan apa yang ada bagi kita untuk menyediakan asset tunai segera kepada keluarga? Dan kita mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kepada siapa  tunai tersebut akan diberikan?

Pada Oktober 2016, Prudential BSN Takaful telah memperkenalkan satu produk baru iaitu PruBSN Warisan yang mana ianya dibuat khusus untuk meninggalkan harta tunai yang cepat buat orang yang tersayang dalam bentuk hibah (hadiah) sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa anda.



Produk ini berkonsepkan hibah bersyarat dimana wang pampasan akan dibayar terus kepada penerima mengikut kehendak peserta tanpa melalui pembahagian faraid. Didalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, ia telah memberi kedudukan yang begitu kukuh terhadap aplikasi hibah bersyarat tanpa boleh dicabar oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.


Antara kelebihan produk Hibah Prubsn Warisan ini adalah, anda boleh memilih tempoh simpanan caruman serendah 5 tahun untuk menyediakan asset tunai segera setinggi RM250,000 sehingga RM1,5 Juta. Proses bayaran pampasan adalah seawal 2 minggu.

Dengan pampasan yang diterima, waris kita dapat menggunakannya untuk:-

  • Menguruskan hutang-hutang yang ditinggalkan si mati.
  • Menebus pembahagian harta pusaka tanpa perlu menjual Harta (cth: Rumah, Tanah dan lain-lain)
  • Menguruskan perbelanjaan isi rumah.
  • Pendidikan anak-anak terjamin.
  • Perbelanjaan menguruskan tuntutan harta si mati.
Rancang dan binalah asset tunai anda melalui Hibah PruBSN Warisan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk PruBSN Warisan. Sila hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma.

Mohd Shahril Bin Ramli
018-9668620
Takaful Advisor

Comments